Sunday, June 7, 2015

WACANA KE 5 UiTO : MADRASAH RAMADHAN :PERANANNYA DAN MEMBINA GENERASI RABBANIY

Panel Penceramah : Al Fadhil Ustaz Baharuddin Ayudin

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن والاه, أمّا بعد.

Yg dikasihi rakan-rakan Bilik (120) Semat Qur’an. Semoga semuanya dirahmati Allah dan diberi tawfiq ke arah meningkatkan ilmu dan amal.

Hari ini kita akan meneruskan perbincangan tajuk: Madrasah Ramadan: Peranannya Membina Generasi Rabbaniy. Tajuk ini dikemukakan sempenan menyambut Ramadan al-Mubarak tidak lama lagi.

Tajuk Pembinaan Keluarga Asas bagi Pembangunan Umat akan terus dibincangkan pada minggu berikutnya. In sha'alLah.

Kita mulakan perbincangan dengan melihat ayat 2:183

Surat Al-Baqarah [2:183]

[Diwajibkannya bagi orang beriman untuk berpuasa pada bulan ramadhan]

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Terjemahan tidak lengkap

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,
Surah Al-Baqarah (2:183)

Pensyariatan puasa di sepanjang Ramadan adalah penerusan kepada ibadat puasa yang telah dilakukan umat sebelum ini. Ia adalah merupakan tarbiyah Ilahiyyah bagi melahirkan generasi rabbaniy.

Generasi rabbaniy ini samalah maknanya dengan generasi takwa.

Siapakah Generasi Rabbaniy?

Holy Quran 3:79

مَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُؤْتِيَهُ ٱللَّهُ ٱلْكِتَٰبَ وَٱلْحُكْمَ وَٱلنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُولَ لِلنَّاسِ كُونُوا۟ عِبَادًا لِّى مِن دُونِ ٱللَّهِ وَلَٰكِن كُونُوا۟ رَبَّنِيِّۦنَ بِمَا كُنتُمْ تُعَلِّمُونَ ٱلْكِتَٰبَ وَبِمَا كُنتُمْ تَدْرُسُونَ

Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab ugama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: "Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah". Tetapi (sepatutnya ia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala - dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya.

Al-Baqarah : 183

يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,

Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya.

Generasi rabbaniy ialah generasi yang mengajar al-Qur’an dan berterusan mempelajarinya.

Soalan: Apa yang dimaksudkan dengan mengajar al-Qur'an?

رَبَّنَا وَابْعَثْ فِيهِمْ رَسُولًا مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِكَ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَيُزَكِّيهِمْ ۚ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka sesorang Rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab (Al Quran) dan Al-Hikmah (As-Sunnah) serta mensucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.
Surah Al-Baqarah (2:129)

Ini doa daripada Nabi Ibrahim selepas selesai membina Ka'bah spy dituskan sesorang Rasul dari kalangan mereka utk mengajar tilawah, ta'lim dan tazkiyah.

Kemudian Allah perkenankan doa ini. 3:164

لَقَدْ مَنَّ اللَّهُ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ إِذْ بَعَثَ فِيهِمْ رَسُولًا مِنْ أَنْفُسِهِمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ

Sungguh Allah telah memberi karunia kepada orang-orang yang beriman ketika Allah mengutus diantara mereka seorang rasul dari golongan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, membersihkan (jiwa) mereka, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab dan Al Hikmah. Dan sesungguhnya sebelum (kedatangan Nabi) itu, mereka adalah benar-benar dalam kesesatan yang nyata.
Surah Ali 'Imran (3:164)

Apabila Rasul diutus kd kaumnya baginda pun melaksanakan tugasnya. [62:2]

هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ

Dialah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan mereka Kitab dan Hikmah (As Sunnah). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata,
Surah Al-Jumu'ah (62:2)

Dalam ayat ini menceritakan tugas mengajar. Cuba sebutkan?

Berdakwah.. menegakan kebenaran dan mencegah kesesatan

mengajar dan berdakwah

1. Tilawah. Apa makna tilawah?

2:121

ٱلَّذِينَ ءَاتَيْنٰهُمُ ٱلْكِتٰبَ يَتْلُونَهُۥ حَقَّ تِلَاوَتِهِۦٓ أُو۟لَٰئِكَ يُؤْمِنُونَ بِهِۦ ۗ وَمَن يَكْفُرْ بِهِۦ فَأُو۟لَٰئِكَ هُمُ ٱلْخٰسِرُونَ

Orang-orang yang telah Kami berikan Al Kitab kepadanya, mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya, mereka itu beriman kepadanya. Dan barangsiapa yang ingkar kepadanya, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.

(Al Baqarah 2:121)

mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya. Apa maknanya?

Baca dgn kefahaman.

Baca dengan faham. Bagaimana cara membaca yang betul?

38:29

كِتٰبٌ أَنزَلْنٰهُ إِلَيْكَ مُبٰرَكٌ لِّيَدَّبَّرُوٓا۟ ءَايٰتِهِۦ وَلِيَتَذَكَّرَ أُو۟لُوا۟ ٱلْأَلْبٰبِ

Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.

(Shaad 38:29)

memperhatikan ayat-ayatnya = mentadabbur ayat-ayatnya

Tilawah: Baca dan faham menerusi tadabbur

Barulah sampai tujuannya: mereka itu beriman kepadanya


2. Tazkiyah. Apa maksud tazkiyah?

Bersih hati dari kekotoran syirik dan nifak..

Dalilnya?

14:1

الٓر ۚ كِتٰبٌ أَنزَلْنٰهُ إِلَيْكَ لِتُخْرِجَ ٱلنَّاسَ مِنَ ٱلظُّلُمٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ بِإِذْنِ رَبِّهِمْ إِلَىٰ صِرٰطِ ٱلْعَزِيزِ ٱلْحَمِيدِ

Alif, laam raa. (Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gulita kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka, (yaitu) menuju jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.

(Ibrahim 14:1)

Tazkiyah adalah bagi membebaskan manusia daripada zulumat kepada nur.
Daripada zulumat syirik kepada nur tawhid.
Daripada zulumat nifaq kepada nur yakin.
Daripada zulumat jahiliyyah kepada nur hidayah.
Daripada zulumat bid'ah kepada nur sunnah.

3. Ta'lim. Apa makna ta'lim?

2:282

يَٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِذَا تَدَايَنتُم بِدَيْنٍ إِلَىٰٓ أَجَلٍ مُّسَمًّى فَٱكْتُبُوهُ ۚ وَلْيَكْتُب بَّيْنَكُمْ كَاتِبٌۢ بِٱلْعَدْلِ ۚ وَلَا يَأْبَ كَاتِبٌ أَن يَكْتُبَ كَمَا عَلَّمَهُ ٱللَّهُ ۚ فَلْيَكْتُبْ وَلْيُمْلِلِ ٱلَّذِى عَلَيْهِ ٱلْحَقُّ وَلْيَتَّقِ ٱللَّهَ رَبَّهُۥ وَلَا يَبْخَسْ مِنْهُ شَيْـًٔا ۚ فَإِن كَانَ ٱلَّذِى عَلَيْهِ ٱلْحَقُّ سَفِيهًا أَوْ ضَعِيفًا أَوْ لَا يَسْتَطِيعُ أَن يُمِلَّ هُوَ فَلْيُمْلِلْ وَلِيُّهُۥ بِٱلْعَدْلِ ۚ وَٱسْتَشْهِدُوا۟ شَهِيدَيْنِ مِن رِّجَالِكُمْ ۖ فَإِن لَّمْ يَكُونَا رَجُلَيْنِ فَرَجُلٌ وَٱمْرَأَتَانِ مِمَّن تَرْضَوْنَ مِنَ ٱلشُّهَدَآءِ أَن تَضِلَّ إِحْدَىٰهُمَا فَتُذَكِّرَ إِحْدَىٰهُمَا ٱلْأُخْرَىٰ ۚ وَلَا يَأْبَ ٱلشُّهَدَآءُ إِذَا مَا دُعُوا۟ ۚ وَلَا تَسْـَٔمُوٓا۟ أَن تَكْتُبُوهُ صَغِيرًا أَوْ كَبِيرًا إِلَىٰٓ أَجَلِهِۦ ۚ ذٰلِكُمْ أَقْسَطُ عِندَ ٱللَّهِ وَأَقْوَمُ لِلشَّهٰدَةِ وَأَدْنَىٰٓ أَلَّا تَرْتَابُوٓا۟ ۖ إِلَّآ أَن تَكُونَ تِجٰرَةً حَاضِرَةً تُدِيرُونَهَا بَيْنَكُمْ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَلَّا تَكْتُبُوهَا ۗ وَأَشْهِدُوٓا۟ إِذَا تَبَايَعْتُمْ ۚ وَلَا يُضَآرَّ كَاتِبٌ وَلَا شَهِيدٌ ۚ وَإِن تَفْعَلُوا۟ فَإِنَّهُۥ فُسُوقٌۢ بِكُمْ ۗ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۖ وَيُعَلِّمُكُمُ ٱللَّهُ ۗ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌ

Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermu'amalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar. Dan janganlah penulis enggan menuliskannya sebagaimana Allah mengajarkannya, meka hendaklah ia menulis, dan hendaklah orang yang berhutang itu mengimlakkan (apa yang akan ditulis itu), dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangi sedikitpun daripada hutangnya. Jika yang berhutang itu orang yang lemah akalnya atau lemah (keadaannya) atau dia sendiri tidak mampu mengimlakkan, maka hendaklah walinya mengimlakkan dengan jujur. Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi dari orang-orang lelaki (di antaramu). Jika tak ada dua oang lelaki, maka (boleh) seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi-saksi yang kamu ridhai, supaya jika seorang lupa maka yang seorang mengingatkannya. Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil; dan janganlah kamu jemu menulis hutang itu, baik kecil maupun besar sampai batas waktu membayarnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih menguatkan persaksian dan lebih dekat kepada tidak (menimbulkan) keraguanmu. (Tulislah mu'amalahmu itu), kecuali jika mu'amalah itu perdagangan tunai yang kamu jalankan di antara kamu, maka tidak ada dosa bagi kamu, (jika) kamu tidak menulisnya. Dan persaksikanlah apabila kamu berjual beli; dan janganlah penulis dan saksi saling sulit menyulitkan. Jika kamu lakukan (yang demikian), maka sesungguhnya hal itu adalah suatu kefasikan pada dirimu. Dan bertakwalah kepada Allah; Allah mengajarmu; dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

(Al Baqarah 2:282)

Dan bertakwalah kepada Allah; Allah mengajarmu

Maknanya hendak belajar mestilah mengikut cara yang Allah ajar. [96:5]

96:5

عَلَّمَ ٱلْإِنسٰنَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.

(Al 'Alaq 96:5)

Maknanya, jika hendak mengajar mesti ikut:

1. Apa yang Allah ajar.

2. Ikut contoh apa yang Rasul tunjukkan. [65:11]

رَّسُولًا يَتْلُوا۟ عَلَيْكُمْ ءَايٰتِ ٱللَّهِ مُبَيِّنٰتٍ لِّيُخْرِجَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصّٰلِحٰتِ مِنَ ٱلظُّلُمٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ ۚ وَمَن يُؤْمِنۢ بِٱللَّهِ وَيَعْمَلْ صٰلِحًا يُدْخِلْهُ جَنّٰتٍ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهٰرُ خٰلِدِينَ فِيهَآ أَبَدًا ۖ قَدْ أَحْسَنَ ٱللَّهُ لَهُۥ رِزْقًا

(Dan mengutus) seorang Rasul yang membacakan kepadamu ayat-ayat Allah yang menerangkan (bermacam-macam hukum) supaya Dia mengeluarkan orang-orang yang beriman dan beramal saleh dari kegelapan kepada cahaya. Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan mengerjakan amal yang saleh niscaya Allah akan memasukkannya ke dalam surga-surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah memberikan rezeki yang baik kepadanya.

(Ath Thalaaq 65:11)

Jelaslah bahawa sumber ilmu itu ialah al-Qur’an, ia adalah milik Allah. Sesiapa yang mengajarnya tanpa mengikut manhaj Ilahiy, maka ia adalah golongan ummiy yang menyesatkan. [2:78]

وَمِنْهُمْ أُمِّيُّونَ لَا يَعْلَمُونَ ٱلْكِتٰبَ إِلَّآ أَمَانِىَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَظُنُّونَ

Dan diantara mereka ada yang buta huruf, tidak mengetahui Al Kitab (Taurat), kecuali dongengan bohong belaka dan mereka hanya menduga-duga.

(Al Baqarah 2:78)


Menerusi generasi rabbaniy atau generasi muttaqin inilah yang diharap punya upaya melakukan islah (perubahan) di tengah masyarakat. Justeru bermulanya islah itu adalah dari ilmu dan kefahaman kepada al-Qur’an. [7:170]

وَٱلَّذِينَ يُمَسِّكُونَ بِٱلْكِتٰبِ وَأَقَامُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ إِنَّا لَا نُضِيعُ أَجْرَ ٱلْمُصْلِحِينَ

Dan orang-orang yang berpegang teguh dengan Al Kitab (Taurat) serta mendirikan shalat, (akan diberi pahala) karena sesungguhnya Kami tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang mengadakan perbaikan.

(Al A'raf 7:170)

Islah itu bermula dengan yumassikun al-Kitab

Apabila ilmu dan kefahaman kepada al-Qur’an sudah ada barulah terbangunnya institusi salat. [29:45]

ٱتْلُ مَآ أُوحِىَ إِلَيْكَ مِنَ ٱلْكِتٰبِ وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ ۖ إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ تَنْهَىٰ عَنِ ٱلْفَحْشَآءِ وَٱلْمُنكَرِ ۗ وَلَذِكْرُ ٱللَّهِ أَكْبَرُ ۗ وَٱللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ

Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.

(Al 'Ankabut 29:45)

Apabila ilmu dan kefahaman kepada al-Qur’an sudah ada barulah ada kesanggupan untuk berhijrah dan berkorban, baik harta benda dan jiwa raga pada jalan Allah. [9:20]


ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَهَاجَرُوا۟ وَجٰهَدُوا۟ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمْوٰلِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِندَ ٱللَّهِ ۚ وَأُو۟لَٰئِكَ هُمُ ٱلْفَآئِزُونَ

orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta, benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.

(At Taubah 9:20)

Ringkasnya, rupa generasi rabbaniy itu ialah generasi ilmuwan, iaitu generasi yang sentiasa khashyah kepada Allah. [35:28]

وَمِنَ ٱلنَّاسِ وَٱلدَّوَآبِّ وَٱلْأَنْعٰمِ مُخْتَلِفٌ أَلْوٰنُهُۥ كَذٰلِكَ ۗ إِنَّمَا يَخْشَى ٱللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ ٱلْعُلَمَٰؤُا۟ ۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ

Dan demikian (pula) di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.

(Faathir 35:28)

Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama.

Kata al-Hasan: Generasi rabbaniy itu ialah generasi fuqaha’. Inilah generasi yang diharap menyebarluas agama ini dan mempertahankannya menurut asalnya, bebas dari perubahan dan pindaan, penyelewengan dan tokok tambah.

Kata Mu‘awiyah ketika menyampaikan khutbah: Aku mendengar Rasulullah – sallalLahu ‘alayhi wa sallam – bersabda:

«مَنْ يُرِدِ الله بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ، وَإِنَّمَا أَنَا قَاسِمٌ وَالله يُعْطِي، وَلَنْ تَزَالَ هَذِهِ الأُمَّةُ قَائِمَةً عَلَى أَمْرِ اللهِ، لاَ يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ، حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللهِ».

“Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan baginya, Dia perdalamkan kefahamannya tentang agama ini. Sesungguhnya aku ini tidak lain adalah yang membahagi dan Allah adalah yang memberi. Sentiasalah umat ini menegakkan perintah Allah, orang yang menyalahi mereka tidak dapat memudaratkan mereka sehingga datangnya keputusan daripada Allah.”

Demikian juga dengan Madrasah Ramadan. Ia hanya berfungsi dan berperanan dalam mendidik generasi rabbaniy atau generasi muttaqin apabila ia dicorakkan dengan ilmu dan kefahaman daripada al-Qur’an.

Daripada Abū Hurayrah, katanya: Rasulullah – sallalLahu ‘alayhi wa sallam – bersabda:
«مَنْ صَامَ رَمَضَانَ، إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ».

“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan kesedaran, diampunkan baginya dosanya yang telah lalu.”

Manusia rabbaniy itu bukan hanya yang bertukar penampilan luarannya,

tetapi lebih daripada itu ia adalah manusia yang terdidik menjadi rabbaniy pada pemikirannya,

rabbaniy pada tutur katanya

dan rabbaniy pada tindakannya.

Manusia rabbaniy itu bukan hanya yang bertukar penampilan luarannya, tetapi lebih daripada itu ia adalah manusia yang terdidik menjadi rabbaniy pada pemikirannya, rabbaniy pada tutur katanya dan rabbaniy pada tindakannya. Setuju atau tidak?

Justeru itu, golongan rabbaniy atau muttaqin tidak akan terjelma melainkan menerusi ilmu dan kefahaman. Setuju atau tidak?

Ibadat intensif selama sebulan dengan siyam dan qiyam, tilawah dan tadarus, menjamu makanan dan infaq, tazkirah dan i‘tikaf kesemuanya berupa latihan istimewa yang tidak kedapatan pada bulan-bulan yang lain. Namun begitu, jika semuanya hanya dilakukan menurut adat kebiasaan, tetapi tidak menurut prinsipnya dari al-Qur’an dan kaedah perlaksanaannya menurut Sunnah, maka ia adalah amalan sia-sia dan tertolak. Alangkah ruginya. [23:25]

Holy Quran 23:25
------------------
إِنْ هُوَ إِلَّا رَجُلٌ بِهِ جِنَّةٌ فَتَرَبَّصُوا بِهِ حَتَّىٰ حِينٍ

"Ia tidak lain hanyalah seorang lelaki yang mengidap penyakit gila. Oleh itu tunggulah akan perubahan keadaannya hingga ke suatu masa".

Jangan jadikan ibadat kita di sepanjang Ramadan kali hanya beroleh lapar dan dahaga, tetapi tidak boleh limpahan barakah dan balasan syurga.
Ramai yang berpuasa tetapi tidak tahu menghalakan ke mana tujuannya.
Ramai yang menjamu makan tetapi tidak tahu memilih masanya.
Ramai yang ingin berbuat baik kepada orang lain tetapi tidak tahu apa yang patut dihadiahkan.

Ramai yang bertadarus tetapi tidak tahu apa tujuan kerana sejak dulu sampai sekarang belum lagi faham.

Apakah kita masih perlu mengekalkan fenomena Ramadan sebegini dalam masyarakat kita?

Tindakan: Sebelum Ramadan kita makan pagi dan tengahari. Berapa belanjanya?

Katakan: RM400 / bulan (Itu duit makan) + 100 (Infaq) = RM500 / bulan x 200 = RM100 000

Bagaimana kalau buat tabung dan infaqkan utk memajukan pemahaman al-Qur'an. Setuju?

Alhamdulillah, jika bersetuju. Barulah lepas Ramadan nanti kita boleh bertakbir
الله أكبر الله أكبر الله أكبر ولله الحمد
Marilah kitabertindak. Jangan bertangguh.


أقول قولي هذا، وأستغفر الله العظيم لي ولكم,
اللهم اجعل القرآن ربيع قلوبنا، 
اللهم علمنا من القرآن ما جهلنا، 
وذكرنا من القرآن ما نُسّينا,
والحمد لله رب العالمين.



No comments:

Post a Comment