Saturday, May 30, 2015

SEMINAR 3 : TAFSIR AYATUL KURSY

SIARAN LANGSUNG DARI DEWAN SEMINAR 3

TAJUK : TAFSIR AYATUL KURSI

AHLI PANEL : USTAZ SOLAHUDDIN AL AYYUBI

MODERATOR : TN HJ RAHIM PENGETUA UiTO

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله على نعمه والصلوة والسلام على رسوله الكريم
اللهم انفعنا بما علمتنا و علمنا ما ينفعنا و زدنا علما
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي 
أما بعد،

السلام عليكم ورحمة وبركاته...

Syukur kita berada dalam majlis yang mulia ini.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.
Surah Ali 'Imran (3:102)

Kita dituntut untuk menuntut ilmu...Islam itu ajaran Allah SWT...

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قِيلَ لَكُمْ تَفَسَّحُوا فِي الْمَجَالِسِ فَافْسَحُوا يَفْسَحِ اللَّهُ لَكُمْ ۖ وَإِذَا قِيلَ انْشُزُوا فَانْشُزُوا يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ ۚ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Hai orang-orang beriman apabila dikatakan kepadamu: Berlapang-lapanglah dalam majlis, maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: Berdirilah kamu, maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
Surah Al-Mujadilah (58:11)

Selepas ini kita ...beri peluang kepada Ustaz Solah menghuraikan tafsir Ayat Al Kursy...

شَهِدَ اللَّهُ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ وَالْمَلَائِكَةُ وَأُولُو الْعِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ ۚ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Allah menyatakan bahwasanya tidak ada Tuhan melainkan Dia (yang berhak disembah), Yang menegakkan keadilan. Para Malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). Tak ada Tuhan melainkan Dia (yang berhak disembah), Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Surah Ali 'Imran (3:18)

Berkenalan dengan Ustaz Solah ...

Madrasah Ahsanul Ulum Tokbali di tubuh pada akhir tahun 2005.. Bermula setelah ana balik dari Karachi Pakistan pada tahun 2005..

Mula mengajar seorang pelajar dan kemudian 2 orang kampung sehingga ramai di kalangan pelajar datang. Kebanyakan masa ni belajar membaca Al Quran dan tahfiz. Ana mengajar di surau. pelajar-pelajar tompang tidur di surau.

Mula serius di Madrasah Ahsanul Ulum pada tahun 2006 setelah ramai di kalangan pelajar yang ambil belajar ilmu kitab agama. Lalu masa tu bermula tahun satu kelas pengajian Ulum Islamiah. masa ni pelajar masih lagi tinggal di kaki lima surau.memasak dan makan minum di situ. Kemudian ada bilik asrama menumpang di bilik dalam kedai orang. dan setelah makin ramai pelajar kami pindah ke rumah kedai. masa tu di bahagi pelajar sebahagian tinggal di surau sebahagian lagi di rumah kedai.
Beberapa tahun kemudian kami pindah dari surau ke tempat sekarang.. di tempat baru kamu ada asrama,kantin dan tempat makan,tandas dan tempat mandi dan masjid. Sehingga lah sekarang ini dapat hasil beberapa pelajar hafiz alquran dan keluar 2 pelajar yang ikuti semua kelas hingga tamat pengajian Ulum Islamiah (hingga daurah hadist) pada awal tahun 2015.

Alhamdulillah, setakat hari ini kami tidak mengambil sebarang bayaran upah atau yuran atau sebarang bayaran untuk belajar di sini.bahkan kami sediakan semuanya secara percuma. Ramai org tanya duit ambil di mana. Mereka lupa atau mungkin tak tahu bahawa kita ni ada Allah yang sentiasa akan menolong membantu sesiapa yang sanggup korban membantu agamaNya.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ

Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.

Akhir tahun 1992 ke Karachi Pakistan belajar tahfiz hingga 1996 Al Quran di Jamia Binorytown. Tahun sama buat pakar Al Quran di Jamia Binuriah..Selepas itu memasuki Kelas Kitab bidang Ulum Islamia hingga tahun 4 di tahun 2000. Lepas tu buat pakar Ilmu Sorof dan Nahu setahun setengah di Rahim Yar Khar Punjab dengan Syeikh Sorof Wa Nahw Pakistan iaitu Maulana Nasrullah khan. Selepas itu ke Karachi belajar kelas Alim tahun 5 hingga tahun 7 sehingga 2004..Kemudian ambil MA Hadis di Jamia Binorytown dan tamat tahun 2005..2005 balik ke Malaysia.
Balik  di Malaysia buka madrasah di Tokbali hingga sekarang. Kini sudah 9 tahun buka Madrasah Tokbali. Kami sudah hasilkan dua orang pelajar tamat dari tahun 1 hingga tahun 8 Daurah Hadis..dan beberapa lagi sudah tamat tahfiz Al Quran di sini..


Alhamdulillah ... tiba saatnya..
Majlis ini...
Saya akan serahkan kpd al fadhil ustaz...

Ustaz live di Tok bali
Saya di Melawi
Di persilakan......

Assalamualaikum..

ان الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفر
ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيآت أعمالنا
من يهد الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له
اشهد ان لا اله الا الله وحده لا شريك له واشهد ان محمدا عبده ورسوله
رب اشرح لي صدري ويسر لي امري واحلل عقدة من لساني يفقهو قولي
اما بعد
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم بشم الله الرحمن الرحيم

اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ ۚ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۖ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

Syukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurniaanNya kita dapat hidup dan dapat mempelajari ilmuNya..
Tanpa izin Allah,siapa lah kita untuk menentu segala..

Dengan nikmat yang amat besar iaitu Islam dan Iman ini..Selayaknya kita sibukkan diri dengan ilmu-ilmu wahyu dan amal apa yang di pelajari..

Syukur lah dengan taat setia kepada Allah dan RasulNya sebagai tanda kita benar-benar hargai dan mensyukuri nikmat Allah yang besar ini..

Terima kaseh serta jazakumullahu khaira saya doakan pada semua kerana dapat hadir ke majlis malam ini.. terutama Cikgu Rahim.. Semoga Allah permudahkan kita semua dengan kebaikan..

Dalam hadis ada menyebut..
من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين رواه البخاري

Sesiapa yang Allah ingin memberi kepadanya kebaikan yang banyak nescaya Allah akan bagi dia memahami secara mendalam ilmu agama Allah..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 21:47]
oleh itu minta lah pada Allah sentiasa,agar Allah kurniakan kefahaman yg mendalam dalam agamaNya kepada kita semua..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 21:48]
اياك نعبد و اياك نستعين
kepada mu ya Allah kami abdikan diri kepada mu

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 21:48]
dan kepada mu saja kami minta pertolongan..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 21:49]
jadi..ibadah kita hanya pada Allah..minta doa pun hanya pada Allah...

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 21:50]
harap lah kepada Allah semoga Allah beri kefahaman mengikut maksud yg Allah inginkan..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 21:50]
sebelum mula ayat kursi..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 21:50]
kita kena tahu beberapa perkara penting tentang ilmu alquran..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 21:51]
antara yg terpenting pelajaran alquran ialah segala ayat yg ada di dalamnya adalah perkataan dari Allah SWT..Allah khithob/bercakap dengan kita..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 21:52]
ayat yg ada berupa contoh,kisah ummat,hukum hakam,akidah semuanya Allah tuju kepada kita semua..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 21:52]
jadi jgn pula kita anggap..ini ayat utk org tu..ini ayat utk org ni..jadi,bila pula ayat utk kita..asyik org je kena ayat tu atasnya..bukan kita..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 21:54]
oleh itu bila belajar alquran adalah cara Allah nak sampaikan ilmu kepada kita semua melalui kitabNya..dgn sifat rahman dan rahim Nya Dia turunkan alquran utk kita semua agar kita semua belajar segala isi kandungannya.

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 21:54]
sungguh malangnya manusia hidupnya tak pernah pelajari alquran hingga mati..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 21:55]
dan tidak terlambat juga buat kita semua mempelajari isi kandungan alquran utk memahami apa Maksud Allah ciptakan kita..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 21:57]
mulai hari ini..jika sesiapa yg masih tidak khatam belajar alquran pelajari tafsir alquran kena lah kembali pasangkan niat supaya Allah permudahkan kita semua utk pelajari alquran..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 21:59]
sudah2 lah kita di momok kan oleh si syaitan bertopeng manusia yg menyeru manusia supaya meninggalkan belajar alquran..sehingga ada yg kata alquran ni payah..kena belajar ilmu iti dulu ilmu ini dulu..tapi akhirnya kita semua ramai yg tak pelajari alquran..sungguh memalukan jika kita sanggup mengaku islam tapi tak sanggup belajar alquran..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 22:00]
وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِنْ مُدَّكِرٍ

Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 22:00]
adakah ada?

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 22:00]
adakah ada yg sudi?

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 22:01]
habis di situ..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 22:02]
اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ ۚ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۖ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 22:03]
sila baca terjemahannya dulu..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 22:09]
ayat ini adalah ayat seruan tauhid

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 22:10]

dengan ayat ini Allah menyeru hambaNya kembali kepada tauhid.

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 22:10]
dengan ayat ini Allah perkenalkan diriNya kepada kita semua melalui sifatNya yg Maha Agong.

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 22:11]
dan ayat ini juga di beri nama Isim A'zhom..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 22:12]
yaitu menerangkan nama Allah yg sesuai dgn sifatNya yg Maha Agong..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 22:13]
٣٤٠٠ - حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ خَشْرَمٍ حَدَّثَنَا عِيسَى بْنُ يُونُسَ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي زِيَادٍ الْقَدَّاحِ عَنْ شَهْرِ بْنِ حَوْشَبٍ عَنْ أَسْمَاءَ بِنْتِ يَزِيدَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اسْمُ اللَّهِ الْأَعْظَمُ فِي هَاتَيْنِ الْآيَتَيْنِ { وَإِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ } وَفَاتِحَةِ آلِ عِمْرَانَ { الم اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ } قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ

3400. Telah menceritakan kepada kami Ali bin Khasyram telah menceritakan kepada kami Isa bin Yunus dari 'Ubaidullah bin Abu Ziyad Al Qaddah dari Syahr bin Hausyab dari Asma` binti Yazid bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Nama Allah Allah yang paling agung ada dalam kedua ayat ini, yaitu: "Dan Tuhanmu adalah Tuhan Yang Maha Esa; tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang", (QS. Albaqarah 163) dan permulaan Surat Ali Imran; "Alif laam miim. Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus makhluk-Nya." (QS.Ali Imran 1-2), Abu Isa berkata; hadits ini adalah hadits hasan shahih.
HR At-Tirmidzi.

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 22:14]
Nama Allah Yg Maha Agong mengatasi segala keagungan selainNya.. bila di nisbah dgn Allah semua rendah lagi hina dina..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 22:15]
tak kira lah betapa besarnya pangkatnya di dunia.. betapa kayanya dia..pasti tidak dapat mengatasi Allah yg Maha Agung Maha Perkasa lagi Maha kuasa..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 22:16]
ayat kursi ini selalu org kita buat berbomoh je..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 22:17]
kadang2 hantu syaitan pun tak lari.. dek kerana si pembacanya tidak memahami isi kandungan tauhid di dalamnya..dan kurang bertawakkal kepada Allah dan kurang yakin kpd Allah..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 22:18]
sekarang mari kita belajar isi kandungannya bersama..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 22:20]
اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia.

di sini jumlah ayat mula2 di mulai dgn perkenalkan namaNya..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 22:20]
kemudian

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 22:20]
Allah menafikan ada ILAH selainNya..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 22:20]
soalannya apakah makna ILAH?

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 22:21]
ILAH di sini dgn makna مألوه او معبود

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 22:22]
iaitu di jadikan tuhan atau di abdikan diri/di sembah/buat ibadah pada Nya...

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 22:22]
iaitu menafikan sembahan yg selain Allah..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 22:23]
dan menafikan ibadah kepada selain Allah

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 22:23]
dan menafikan berdoa kepada selain Allah..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 22:24]
iaitu kesimpulanNya nafi ibadah dan doa..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 22:24]
khulasah kpd
اياك نعبد واياك نستعين

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 22:24]
yg mana,ayat ni selalu di baca ketika solat..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 22:25]
hari2 di baca pada setiap 5 waktu solat fardhu..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 22:25]
dan di baca pada setiap solat sunnat.

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 22:25]
hari2 di baca bertujuan mengukuhkan tauhid..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 22:27]
Allah mulakan dgn kalimah tauhid.. dgn kalimah tauhid ini juga kita mula masuk islam dgn melafazkan kalimah tauhid..hingga kan ketika hampir mati sekalipun di anjur agar di ajar kalimah tauhid kepada org yg hampir nak mati..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 22:27]
begitu besarnya kalimah tauhid..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 22:27]
kalimah yg agong..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 22:28]
terhapusnya dosa pun di sebab kan lafaz tauhid.. masyaAllah..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 22:30]
oleh itu di zaman Nabi kalimah ini di baca kpd org arab jahiliah mereka terus menolak..kerana bagi mereka boleh minta doa kpd selain Allah..boleh bernazar kpd selain Allah..boleh buat ibadah kpd selain Allah.
ini lah yg mereka faham dulu2..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 22:31]
hanya segelintir shj di kalangan sahabat2 Nabi yg dapat terima kalimah tauhid ini masa mula2 di mekkah

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 22:32]
bagi org arav mereka tidak menafikan Allah sebagai pencipta mereka..cuma bagi mereka selain Allah boleh beri bantuan2 yg dapat selamatkan diri mereka dari ancaman bala di dunia..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 22:33]
وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ ۚ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ ۚ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ

Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik).
luqman 25

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 22:36]
jadi apakah yg dinafikan oleh golongan kuffar arab ketika itu??
jawapannya,mereka nafikan ibadah dan doa kpd Allah yg tunggal yg maha esa berkuasa shj..bg mereka selain Allah boleh bagi bantuan seperti mana seorg raja ada org kanannya yg dapat menolong rekemen kpd raja.atau pun raja mempunyai wakil yg mana wakil itu berkuasa sama seperti Allah..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 22:37]
maka ayat di atas tadi menafikan Allah punyai sebarang sekutu atau sebarang wakil yg dapat mengadakan hukum bg pihak Allah..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 22:38]
habis di situ

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 22:38]
الْحَيُّ الْقَيُّومُ ۚ

Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya)

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 22:39]
iaitu kekal hidupnya Allah..sejak azali dan tiada had batas kemusnahan dgn kematian..bahkan Allah shj yg berkuasa memberi kemusnahan kepada selainnya yg Dia hendaki..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 22:40]
كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ

Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa:

وَيَبْقَىٰ وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ

Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 22:46]
perkataan alhayy bermaksud Allah yg tetap hidup,bukan dari takde kepada ada..bahkan dari dulu sejak azali Allah tetap hidup..jadi di sini memberi maksud Allah berkuasa penuh sejak dulu,segalanya mengikut kehendakNya,ilmu yg maha luas,maha melihat segalanya tanpa had,maha berkata2 lagi tidak bisu,maha mendengar lagi tidak pekak...

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 22:47]
perkataan الْقَيُّومُ adalah berkuasa penuh Allah untuk mengurus tadbir segala makhlukNya..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 22:48]
oleh itu tidak patut kita minta doa atau lakukan ibadah sembahan kpd selain Allah

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 22:50]
seolah2 Allah ingin menerangkab kpd kita bahawa jika masih ada di kalangan manusia yg sanggup meminta doa atau ibadah kpd selain Allah maka mesti la org yg dia minta itu punyai kuasa alhayy dan alqayyum.. nak jadi wakil Allah sekalipun kena ada kuasa..jika tiada maka tak layak..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 22:50]
subhanaAllah.

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 22:51]
habis di situ

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 22:52]
لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ

Yang tidak mengantuk usahkan tidur.

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 22:53]
antara sifat Allah yg maha kuasa,Allah perkenalkan sifatNya di sini Dia tidak pernah dan tidak akan mengantuk..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 22:53]
mengantuk pun tidak,lebih2 lagi lah kalau tidur..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 22:53]
kerana sifat2 ini biasa ada pada manusia pada makhluknya

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 22:55]
lalu jika kita ingat berdoa atau buat ibadah kpd selain Allah,mesti lah dia punyai kuasa tak mengantuk dan tak tidur..
iaiti tidak pernah berehat dalam melakukan tugas..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 22:56]
kerana jika manusia sentiasa berhajat kpd makan minum dan berehat tidur..
dan bila ada masa2 keperluaan yg mesti buat ini maka tak mungkin dapat menumpu 100% utk menyahut seruan doa atau ibadah..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 22:57]
sifat yg lemah sebegini tak layak dan tak patut..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 22:57]
minta lah pada Allah shj..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 22:58]
jgn minta di kuburan.. jangan minta di gua2.. jangan minta di dalam hutan..iaitu meminta kpd selain Allah... mereka yg di seru itu adalah makhluk yg lemah..dab di ada2 kan shj.. tidak tahu menahu apa yg kita buat.

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 22:58]
لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ 

Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 23:00]
milik Allah segalanya..maka tidak layak kita meminta doa kpd yg di langit atau di bumi yg selain Allah..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 23:02]
kerana segalanya milik Allah yg maha esa lagi maha kuasa.. jika ingin meminta dgn Nabi,maka Nabi pun milik Allah,jika kpd org mati syahid mereka pun milik Allah,jika minta pada malaikat maka mereka pun milik Allah,dan minta kpd sesiapa sekalipun yg selain Allah..maka mereka tetap milik Allah..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 23:03]
iaitu Allah berkuasa penuh terhadap setiap makhlukNya..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 23:04]
habis di situ..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 23:08]
ۗ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۚ

Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 23:09]
di sini Allah menafikan kembali ada berlakunya syafaat bantuan dari selain Allah..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 23:09]
melainkan dgn izinNya..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 23:09]
dan izin Allah ialah kalimah tauhid..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 23:10]
dan paling kurang iman seberat biji sawi..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 23:10]
iaitu tidak syirik pada Allah..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 23:12]
kerana tauhid dan syirik tak mungkin boleh bersama.. ibarat belon dgn jarum..sedikit saja jarum kena pada belon maka akan meletup belon itu..begitu lah perumpaan tauhid dgn syirik..jika syirik maka hancur lah tauhid..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 23:12]
oleh itu sesiapa yg ingin syafaat Nabi SAW maka kena tauhid..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 23:12]
maka jangan minta kepada Nabi yg sudah wafat..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 23:13]
tapi minta lah pada Allah

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 23:13]
nak dapat syafaat ikut syariat Allah..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 23:13]
ikut undang2 Allah..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 23:13]
jangan langgar batasan Allah.

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 23:15]
sbb tu dlm hadis sesiapa nak syafaat kena doa pada Allah supaya bagi Wasilah,fadhilah untuk Nabi..iaitu semasa kita doa azan..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 23:15]
doa azan tu ajar kita supaya berdoa kpd Allah..ganjarannya ialah dapat syafaat Nabi..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 23:16]
bukan gi kubur Nabi minta kepada Nabi supaya bg syafaat dan hajat2 tu..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 23:16]
Nabi makhluk Allah..Nabi milik Allah..Allah berkuasa penuh terhadap Nabi..dan Nabi bukan Tuhan yg Maha kuasa..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 23:17]
قُلْ لَا أَمْلِكُ لِنَفْسِي نَفْعًا وَلَا ضَرًّا إِلَّا مَا شَاءَ اللَّهُ ۚ وَلَوْ كُنْتُ أَعْلَمُ الْغَيْبَ لَاسْتَكْثَرْتُ مِنَ الْخَيْرِ وَمَا مَسَّنِيَ السُّوءُ ۚ إِنْ أَنَا إِلَّا نَذِيرٌ وَبَشِيرٌ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

Katakanlah: "Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman".

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 23:18]
ayat di atas Allah suruh Nabi bgtahu kpd ummat siapakah dirinya..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 23:19]
يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ 

yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka,

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 23:19]
dalil di atas Allah nak ajar kita bahawa makhluk tak tahu tapi Allah lah yg Maha Tahu..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 23:22]
jika ada yg meminta doa kpd selain Allah maka semestinya yg selain Allah iti kena ada kuasa ajaib dapat mengetahui segala.. lalu setelah di minta doa kpd mereka itu,mereka dapat tahu apa isi kandungan doa dan tahu segala2 nya maksud tersirat atau tersurat,zahir dan batin...kemudian mereka tidak akan tersilap memakbulkan doa yg tidak di pinta.

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 23:22]
dan boleh memahami segala bahasa..bahasa melayu,inggris,urdu dan segala..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 23:23]
oleh itu yg maha tahu hanya Allah..selayaknya kpd Allah kita sembah dan kpdNya juga kita minta doa..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 23:24]
وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ 


sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 23:25]
dalil ayat di atas lanjutan penjelasan dari jumlah sebelum.. iaitu makhluk ada ilmu sedikit shj..bila sedikit tak mungkin jd wakil Allah..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 23:25]
bahkan kita semua berhajat kpd Allah sentiasa..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 23:26]
وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۖ 

Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi;

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 23:27]
kebesaran Allah keagonganNya sangat tinggi..
jadi,jgn kita perlekehkan kuasa Allah..meminta kpd selain Allah seakan Allah tak tahu menahu..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 23:28]
kursi di atas arasy..dan arasy makhluk Allah yg paling besar..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 23:29]
kursi maknanya tempat rehat dua kaki..
dlm ayat di atas.. di serahkan makna sebenarnya dan hakikat kursi kpd Allah.tiada tafsiran yg sampai ilmu kpd kita semua tentang hakikat sebenar kursi itu..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 23:29]
ayat di atas tafsiran dlm buka terjemahan tafsir pimpinan arrahman..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 23:30]
وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 23:31]
iaitu tidak berat,tidak susahnya Allah menjaga langit dan bumi antara makhluk Allah yg besar..kita yg kerdil ni apa lah sangat..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 23:32]
kesimpulannya ayat kursi adalah ayat yg menerangkan isi tauhid..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 23:32]
iaitu tauhid dlm ibadah dan doa..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 23:32]
tafsir ayat dlm surah alfatihah..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 23:33]
antara tunjang utama asas surah albaqarah ini.m

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 23:35]
ayat di atas Allah sudahkan dgn sifat al aliyy dan al 'azhim.. sifat ketinggian dan keagongan Allah Tuhan kita,yg mengajar kita erti hidup atas dunia mengikut caraNya..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 23:35]
habis di sini..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 23:35]
lewat sudah..

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 23:38]
syukran lakum wa ilal liqa'.. insyaAllah..
wa jazakumullahu khaira..
wa aakhiru da'waana an Alhamdulillahi Rabbil Aa'lamiin.

Abu Tolhah Solahuddin, [23.05.15 23:38]
Assalamualaikum

CikguRahim, [24.05.15 11:28]
Ada bahagian tidak sempat dihuraikan..

CikguRahim, [24.05.15 11:28]
Cthnya hadith ttg ayat kursi

CikguRahim, [24.05.15 11:29]
Nak tambah sikit pg ni

CikguRahim, [24.05.15 11:29]
Harap dpt edit lg nota

CikguRahim, [24.05.15 11:30]
[Forwarded from Abu Tolhah Solahuddin]
waalaikumussalam.. masa tak cukup sebenarnya..
kita kena kembali kepada Allah,kembali kepada ajaran Allah..amal apa sahaja amalan ibadah jika tulus tauhidnya maka akan di terima Allah..tanpa tauhid amal yg kita buat hanya letih shj.
عَامِلَةٌ نَاصِبَةٌ

Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah,

takkan.. amalan tentunya byk.dgn faham ayat kursi ini atau mana2 ayat dlm alquran utk ajar tauhid..sbb tu sila tanya pada diri brp byk yg Allah ajar cara nak buat amal dlm alquran?kalau ada pun hanya amalan umum yg byk..contoh suruh solat tp tak ajar macamana nak solat. kebanyakannya perbetul masalah akidah..amal byk dlm hadis tariqah2 nak amal..

CikguRahim, [24.05.15 11:30]
[Forwarded from Abu Tolhah Solahuddin]
٢٨٧٧ - حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ العَزِيزِ بْنُ مُحَمَّدٍ، عَنْ سُهَيْلِ بْنِ أَبِي صَالِحٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «لَا تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ، وَإِنَّ البَيْتَ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ البَقَرَةُ لَا يَدْخُلُهُ الشَّيْطَانُ»: «هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ»[حكم الألباني] : صحيح

 Telah menceritakan kepada kami Qutaibah telah menceritakan kepada kami Abdul Aziz bin Muhammad dari Suhail bin Abu Shalih dari Ayahnya dari Abu Hurairah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Janganlah kalian menjadikan rumah-rumah kalian seperti kuburan, sesungguhnya syetan tidak memasuki rumah yang dibacakan didalamnya surat Al Baqarah.
" Abu Isa berkata; Hadits ini hasan shahih.

HR At-Tirmidzi. Sohih.

٤٦٢٤ - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ كَثِيرٍ أَخْبَرَنَا شُعْبَةُ عَنْ سُلَيْمَانَ عَنْ إِبْرَاهِيمَ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَرَأَ بِالْآيَتَيْنِ و حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ مَنْصُورٍ عَنْ إِبْرَاهِيمَ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ يَزِيدَ عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ قَرَأَ بِالْآيَتَيْنِ مِنْ آخِرِ سُورَةِ الْبَقَرَةِ فِي لَيْلَةٍ كَفَتَاهُ وَقَالَ عُثْمَانُ بْنُ الْهَيْثَمِ حَدَّثَنَا عَوْفٌ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ سِيرِينَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ وَكَّلَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِحِفْظِ زَكَاةِ رَمَضَانَ فَأَتَانِي آتٍ فَجَعَلَ يَحْثُو مِنْ الطَّعَامِ فَأَخَذْتُهُ فَقُلْتُ لَأَرْفَعَنَّكَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَصَّ الْحَدِيثَ فَقَالَ إِذَا أَوَيْتَ إِلَى فِرَاشِكَ فَاقْرَأْ آيَةَ الْكُرْسِيِّ لَنْ يَزَالَ مَعَكَ مِنْ اللَّهِ حَافِظٌ وَلَا يَقْرَبُكَ شَيْطَانٌ حَتَّى تُصْبِحَ وَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَدَقَكَ وَهُوَ كَذُوبٌ ذَاكَ شَيْطَانٌ

4624. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Katsir Telah mengabarkan kepada kami Syu'bah dari Sulaiman dari Ibrahim dari Abdurrahman dari Abu Mas'ud dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Barangsiapa yang membaca dua ayat.." Dan Telah menceritakan kepada kami Abu Nu'aim Telah menceritakan kepada kami Sufyan dari Manshur dari Ibrahim dari Abdurrahman bin Yazid dari Abu Mas'ud radliallahu 'anhu ia berkata; Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa yang membaca dua ayat terakhir dari surat Al Baqarah pada suatu malam, niscaya kedua ayat itu akan mencukupinya." Utsmana bin Al Haitsam berkata; Telah menceritakan kepada kami 'Auf dari Muhammad bin Sirin dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu, ia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menugaskanku untuk menjaga harta zakat. Lalu pada suatu hari ada seseorang yang menyusup hendak mengambil makanan, maka aku pun menangkapnya lalu dia berkata, "Aku benar-benar akan menyerahkanmu kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.." lalu ia bercerita dan berkata, "Jika kamu hendak beranjak ke tempat tidur maka bacalah ayat kursi, niscaya Allah akan senantiasa menjagamu dan syetan tidak akan mendekatimu hingga pagi." Maka Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pun bersabda: "Ia telah berkata benar padamu, padahal ia adalah pendusta. Si penyusup tadi sebenarnya adalah syetan."

HR Al-Bukhari.


٢٨٨٠ - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو أَحْمَدَ قَالَ: حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنْ ابْنِ أَبِي لَيْلَى، عَنْ أَخِيهِ عِيسَى، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي لَيْلَى، عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الأَنْصَارِيِّ، أَنَّهُ كَانَتْ لَهُ سَهْوَةٌ فِيهَا تَمْرٌ، فَكَانَتْ تَجِيءُ الغُولُ فَتَأْخُذُ مِنْهُ قَالَ: فَشَكَا ذَلِكَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: " فَاذْهَبْ فَإِذَا رَأَيْتَهَا فَقُلْ: بِسْمِ اللَّهِ أَجِيبِي رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ " قَالَ: فَأَخَذَهَا فَحَلَفَتْ أَنْ لَا تَعُودَ فَأَرْسَلَهَا، فَجَاءَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: «مَا فَعَلَ أَسِيرُكَ»؟ قَالَ: حَلَفَتْ أَنْ لَا تَعُودَ: فَقَالَ: «كَذَبَتْ، وَهِيَ مُعَاو

CikguRahim, [24.05.15 11:30]
[Forwarded from Abu Tolhah Solahuddin]
ِدَةٌ لِلْكَذِبِ»، قَالَ: فَأَخَذَهَا مَرَّةً أُخْرَى فَحَلَفَتْ أَنْ لَا تَعُودَ [ص: ١٥٩] فَأَرْسَلَهَا، فَجَاءَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: «مَا فَعَلَ أَسِيرُكَ»؟ قَالَ: حَلَفَتْ أَنْ لَا تَعُودَ. فَقَالَ: «كَذَبَتْ وَهِيَ مُعَاوِدَةٌ لِلْكَذِبِ»، فَأَخَذَهَا. فَقَالَ: مَا أَنَا بِتَارِكِكِ حَتَّى أَذْهَبَ بِكِ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: فَقَالَتْ: إِنِّي ذَاكِرَةٌ لَكَ شَيْئًا آيَةَ الكُرْسِيِّ اقْرَأْهَا فِي بَيْتِكَ فَلَا يَقْرَبُكَ شَيْطَانٌ وَلَا غَيْرُهُ، قَالَ: فَجَاءَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: «مَا فَعَلَ أَسِيرُكَ»؟ قَالَ: فَأَخْبَرَهُ بِمَا قَالَتْ، قَالَ: «صَدَقَتْ وَهِيَ كَذُوبٌ». «هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ» وَفِي البَابِ عَنْ أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ[حكم الألباني] : صحيح

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Basyar telah menceritakan kepada kami Abu Ahmad telah menceritakan kepada kami Sufyan dari Ibnu Abu Laila dari saudaranya yaitu Isa dari Abdurrahman bin Abu Laila dari Abu Ayyub Al Anshari ia memiliki rak berisi kurma, ada hantu datang dan mengambilnya, lalu ia mengadukan hal itu kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Pergilah, bila kau melihatnya, ucapkanlah BISMILLAAH, turutilah Rasulullah." lalu Abu Ayyub Al Anshari menangkapnya, hantu itu bersumpah tidak akan kembali. Akhirnya Abu Ayyub melepasnya lalu ia menemui Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bertanya: "Apa yang dilakukan tawananmu?" Abu Ayyub menjawab: "Ia bersumpah tidak akan kembali." Beliau bersabda: "Ia dusta, memang ia terbiasa berdusta." Abdurrahman berkata; Abu Ayyub lalu menangkap yang kedua kalinya, hantu itu pun bersumpah untuk tidak kembali lagi, lantas Abu Ayyub melepasnya. Setelah itu Abu Ayyub datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Apa yang di lakukan tawananmu?" Abu Ayyub menjawab; "Dia bersumpah untuk tidak kembali." Beliau bersabda: "Dia dusta, memang ia terbiasa berdusta." Setelah itu Abu Ayyub menangkapnya lagi, lalu berkata; "Aku tidak akan melepaskanmu sampai aku membawamu ke Nabi shallallahu 'alaihi wasallam." Hantu itu berkata; "Aku ingatkan padamu tentang sesuatu, yaitu ayat kursi, bacalah ayat kursi di rumahmu, niscaya setan tidak akan mendekatimu dan tidak juga yang lainnya.
" Abu Ayyub pun menemui Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bertanya: "Apa yang dilakukan tawananmu?
" Abdurrahman berkata; lalu Abu Ayyub memberitahukan apa yang diucapkan hantu itu, maka beliau bersabda: "Ia benar walaupun sebenarnya ia pendusta.
" Abu Isa berkata; Hadits ini hasan gharib. Dalam hal ini, ada hadits serupa dari Ubay bin Ka'ab.

HR At-Tirmidzi. Sohih.

٣٤٠٠ - حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ خَشْرَمٍ حَدَّثَنَا عِيسَى بْنُ يُونُسَ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي زِيَادٍ الْقَدَّاحِ عَنْ شَهْرِ بْنِ حَوْشَبٍ عَنْ أَسْمَاءَ بِنْتِ يَزِيدَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اسْمُ اللَّهِ الْأَعْظَمُ فِي هَاتَيْنِ الْآيَتَيْنِ { وَإِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ } وَفَاتِحَةِ آلِ عِمْرَانَ { الم اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ } قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ

3400. Telah menceritakan kepada kami Ali bin Khasyram telah menceritakan kepada kami Isa bin Yunus dari 'Ubaidullah bin Abu Ziyad Al Qaddah dari Syahr bin Hausyab dari Asma` binti Yazid bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Nama Allah Allah yang paling agung ada dalam kedua ayat ini, yaitu: "Dan Tuhanmu adalah Tuhan Yang Maha Esa; tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang", (QS. Albaqarah 163) dan permulaan Surat Ali Imran; "Alif laam miim. Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus makhluk-Nya." (QS.Ali Imran 1-2), Abu Isa berkata; hadits ini adalah hadits hasan shahih.
HR At-Tirmidzi.

وَعَنْ أَبِي أُمَامَةَ رضي الله عنه قَالَ : قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( مَنْ قَرَأَ آيَةَ اَلْكُرْسِيِّ دُبُرَ كُلِّ صَلَاةٍ مَكْتُوبَةٍ لَمْ يَمْنَعْهُ مِنْ دُخُولِ اَلْجَنَّةِ إِلَّا اَلْمَوْتُ ) رَوَاهُ النَّسَائِيُّ وَص

CikguRahim, [24.05.15 11:30]
[Forwarded from Abu Tolhah Solahuddin]
َحَّحَهُ اِبْنُ حِبَّانَ وَزَادَ فِيهِ اَلطَّبَرَانِيُّ : ( وَقُلْ هُوَ اَللَّهُ أَحَدٌ )

Dari Abu Umamah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "barangsiapa membaca ayat kursi setiap selesai sholat fadlu maka tiada yang menghalanginya masuk syurga kecuali maut." Diriwayatkan oleh Nasa'i dan dinilai shahih oleh Ibnu Hibban. Thabrani menambahkan: "Dan bacalah surat al-Ikhlas."

CikguRahim, [24.05.15 11:30]
[Forwarded from Abu Tolhah Solahuddin]
kesimpulan nak amal mudah je jika ikut sunnah.yg payah tu nak faham apa maksud tauhid di dalam nya..

CikguRahim, [24.05.15 11:30]
[Forwarded from Abu Tolhah Solahuddin]
Nabi ada sebut maksudnya siapa sebut laa ilaha illa Allah dgn tulus di dalam hatinya maka pasti dia masuk syurga.

CikguRahim, [24.05.15 11:30]
[Forwarded from Abu Tolhah Solahuddin]
٩٧ - حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ حَدَّثَنِي سُلَيْمَانُ عَنْ عَمْرِو بْنِ أَبِي عَمْرٍو عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي سَعِيدٍ الْمَقْبُرِيِّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّهُ قَالَ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ أَسْعَدُ النَّاسِ بِشَفَاعَتِكَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَقَدْ ظَنَنْتُ يَا أَبَا هُرَيْرَةَ أَنْ لَا يَسْأَلُنِي عَنْ هَذَا الْحَدِيثِ أَحَدٌ أَوَّلُ مِنْكَ لِمَا رَأَيْتُ مِنْ حِرْصِكَ عَلَى الْحَدِيثِ أَسْعَدُ النَّاسِ بِشَفَاعَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَنْ قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ خَالِصًا مِنْ قَلْبِهِ أَوْ نَفْسِهِ
97. Telah menceritakan kepada kami Abdul 'Aziz bin Abdullah berkata, telah menceritakan kepadaku Sulaiman dari 'Amru bin Abu 'Amru dari Sa'id Al Maqburi dari Abu Hurairah, bahwa dia berkata: ditanyakan (kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: "Wahai Rasulullah siapakah orang yang paling berbahagia dengan syafa'atmu pada hari kiamat?" Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: "Aku telah menduga wahai Abu Hurairah, bahwa tidak ada orang yang mendahuluimu dalam menanyakan masalah ini, karena aku lihat betapa perhatian dirimu terhadap hadits. Orang yang paling berbahagia dengan syafa'atku pada hari kiamat adalah orang yang mengucapkan Laa ilaaha illallah dengan ikhlas dari hatinya atau jiwanya".

CikguRahim, [24.05.15 11:30]
[Forwarded from Abu Tolhah Solahuddin]
hr bukhari..

No comments:

Post a Comment